Tuesday, March 5, 2019

Selamat Hari Rabu Abu



Rabu Abu adalah hari pertama Masa Pra-Paskah, yang menandai bahawa kita memasuki masa taubat 40 hari sebelum Paskah. Angka “40” selalu mempunyai makna rohani sebagai lamanya persiapan. 

Misalnya, Musa berpuasa 40 hari lamanya sebelum menerima Sepuluh Perintah Tuhan (lih. Kel 34:28), demikian pula Nabi Elia (lih. 1 raj 19:8). Tuhan Yesus sendiri juga berpuasa selama 40 hari 40 malam di padang gurun sebelum memulai pewartaan-Nya (lih. Mat 4:2).

1. Mengapa hari Rabu? 
Nah, Gereja Katolik menerapkan puasa ini selama enam hari dalam seminggu (hari Minggu tidak dihitung, kerana hari Minggu dianggap sebagai peringatan Kebangkitan Yesus), maka masa Puasa berlangsung selama enam minggu ditambah empat hari, sehingga genap 40 hari. Dengan demikian, hari pertama puasa jatuh pada hari Rabu. (Paskah terjadi hari Minggu, dikurangi 36 hari (enam minggu), lalu dikurangi lagi empat hari, dihitung mundur, jatuh pada hari Rabu). 

Jadi penentuan awal masa Pra- Paskah pada hari Rabu disebabkan kerana penghitungan 40 hari sebelum hari Minggu Paskah, tanpa menghitung hari Minggu.

2. Mengapa Rabu “Abu"? 
Abu adalah tanda pertaubatan. Kitab Suci mengisahkan abu sebagai tanda pertaubatan, misalnya pada pertaubatan Niniwe (lih. Yun 3:6). Di atas semua itu, kita diingatkan bahawa kita ini diciptakan dari debu tanah (Lih. Kej 2:7), dan suatu saat nanti kita akan mati dan kembali menjadi debu.

Oleh kerana itu, pada saat menerima abu di gereja, kita mendengar ucapan daripada Paderi, “Bertaubatlah, dan percayalah kepada Injil” atau, “Kamu adalah debu dan akan kembali menjadi debu” (you are dust, and to dust you shall return).” 

3. Tradisi Ambrosian 
Namun demikian, ada tradisi Ambrosian yang diterapkan di beberapa keuskupan di Itali, yang menghitung Masa Pra-Paskah selama enam minggu, termasuk hari Minggunya, di mana kemudian hari Jumaat Agung dan Sabtu Sucinya tidak diadakan perayaan Ekaristi. Setiap masa Pra-Paskah, kita diajak oleh Gereja untuk bersama-sama berpantang dan berpuasa.

Puasa dan pantang yang disyaratkan oleh Gereja Katolik sebenarnya tidak berat, sehingga sesungguhnya tidak ada alasan bagi kita untuk tidak melakukannya. Namun, meskipun kita melakukannya, tahukah kita erti pantang dan puasa tersebut bagi kita umat Katolik? 

Bagi kita orang Katolik, puasa dan pantang ertinya adalah tanda pertaubatan, tanda penyangkalan diri, dan tanda kita mempersatukan sedikit pengorbanan kita dengan pengorbanan Yesus di kayu salib sebagai silih dosa kita dan demi mendoakan keselamatan dunia.

Jika pantang dan puasa dilakukan dengan hati tulus maka keduanya dapat menghantar kita bertumbuh dalam kekudusan. Kekudusan ini yang dapat berbicara lebih lantang dari pada khotbah yang berapi-api sekalipun, dan dengan kekudusan inilah kita mengambil bahagian dalam karya keselamatan Tuhan. 

Tuhan begitu mengasihi dan menghargai kita, sehingga kita diajak oleh-Nya untuk mengambil bahagian dalam karya keselamatan ini. Caranya, dengan bertaubat, berdoa dan melakukan perbuatan kasih, dan sesungguhnya inilah yang bersama-sama kita lakukan dalam kesatuan dengan Gereja pada masa Pra-Paskah. 

Jangan kita lupa bahawa masa puasa selama 40 hari ini adalah kerana mengikuti tauladan Yesus, yang juga berpuasa selama 40 hari 40 malam, sebelum memulai tugas karya penyelamatan-Nya (lih. Mat 4: 1-11; Luk 4:1-13). 

Yesus berpuasa di padang gurun dan pada saat berpuasa itu Dia digoda oleh Iblis. Yesus mengalahkan godaan tersebut dengan bersandar pada Sabda Tuhan yang tertulis dalam Kitab Suci.

Maka, kita pun hendaknya bersandar pada Sabda Tuhan untuk mengalahkan godaan pada saat kita berpuasa. Dengan doa dan merenungkan Sabda Tuhan, kita akan semakin menghayati makna puasa dan pantang pada Masa Pra-Paskah ini

No comments:

Post a Comment

© AkU LAh S! PaR! PaR! | Blogger Template by Enny Law