Friday, June 24, 2011

JUARA MAHARAJALAWAK 2011 IALAH .......SEPAH...

Tutup sudah tirai Maharaja Lawak 2011 dengan kemenangan berpihak kepada kumpulan Sepah. Lawak semalam boleh dikatakan seimbang dalam kedua-dua pusingan bagi setiap peserta. Ada peserta yang best dalam pusingan pertama tapi agak hambar dalam pusingan kedua. Ada pula yang kurang lawak dalam pusingan pertama tapi cukup menggelikan hati pada pusingan kedua. Bagi aku kesemua peserta hampir sama prestasinya. Namun, hanya ada satu saja yang akan bawa pulang RM350,000 berserta trofi Maharaja Lawak 2011, iaitu kumpulan Sepah! Agak meleset tanggapan awal aku tapi Sepah memang layak dapat juara Maharaja Lawak.

Dalam Maharaja Lawak Akhir ni peserta diberi dua tema iaitu tema bebas pada pusingan pertama dan tema musical comedy pada pusingan kedua. Tak sempat tengok semalam, boleh layan video-video Maharaja Lawak Final kat bawah ni.

Nabil

Persembahan Nabil dalam pusingan pertama pembuka tirai Maharaja Lawak ni nampaknya kurang menjadi. Ada elemen-elemen lawak yang dimasukkan tapi punch line rasanya kurang memikat hati penonton. Tapi Nabil terkenal dengan kekreatifannya dalam setiap persembahan. Terkejut jugak bila patung Spiderman tu tiba-tiba boleh bergerak haha. Ingatkan patung betul. Walaupun lawak Nabil dalam pusingan pertama ni kurang menjadi tapi aku tetap rasa terhibur.

Dalam pusingan kedua ni Nabil memainkan watak seorang pengemis yang menemui sebuah buku magik dalam timbunan sampah. Dengan buku magik tu dia dapat tukarkan lalat-lalat kepada satu band muzik. Sekali lagi Nabil menyerlah dari sudut kreatif tapi persembahannya hanya setakat membuatkan orang terhibur tanpa punch line lawak yang betul-betul menggelikan hati. Kesilapan Nabil adalah timing. Rasanya kalau hanya seekor lalat ditukarkan terus kepada satu band muzik dah banyak menjimatkan masa Nabil yang boleh cover lagunya yang agak panjang. Tapi macam biasa, Nabil tetap menghiburkan dan lagunya memang best.

Jambu

Rasanya persembahan pertama Jambu tak cukup untuk pertandingan Akhir Maharaja Lawak. Sebagaimana persembahan Jambu sebelum-sebelum ni, Jambu lebih banyak membuat aksi berbanding dialog. Mungkin kekurangan masa untuk cari idea dan berlatih. Aksi pertarungan antara Muay Thai dan Kung Fu biasa-biasa saja. Tapi kalau tema silent comedy rasanya Jambu boleh berikan persembahan yang lebih menarik.

Persembahan kedua Jambu cukup-cukup menarik. Susunan lagu yang sesuai dengan jalan cerita yang teratur menjadikan sketsa Jambu senang difahami. Kali ni Jambu menggunakan idea sepertimana persembahan Jozan dalam musical comedy dulu. Part kemuncak adalah ketika kemunculan Zila Bakarin yang menjadi pujaan Yus pada persembahan Jambu minggu kedua dulu. Pendapat aku Jambu adalah yang terbaik bagi tema musical comedy semalam.

Sepah

Kali ni Shuib dan Mamat menjadi perompak dalam pusingan pertama yang merompak rumah seorang ustazah ala-ala ustazah Siti Nor Bahyah yang dilakonkan oleh Jep. Watak ustazah yang dibawa oleh Jep masih lagi segar di ingatan penonton pada minggu lepas ketika berlangsung di Johor menjadikannya watak tersebut sebagai watak yang kuat yang penuh dengan elemen jenakanya. Secara keseluruhan persembahan Sepah pada pusingan pertama memang terbaik!

Agak kecewa dalam pusingan kedua apabila hanya Shuib dan Jep saja yang mainkan banyak peranan. Watak Mamat sebagai Boboy sekadar hisap ibu jari dan hanya melakonkan beberapa lakonan ringkas saja. Rasanya Sepah main cara selamat dengan meminimakan persembahan Mamat yang selalunya bertindak sebagai peserta sokongan kumpulan Sepah. Mungkin kenyataan aku ni agak terlalu jujur tapi itulah yang aku rasa. Lawak cium isteri jiran Jep pula adalah lawak yang biasa didengar atau dibaca dari Internet tapi itu tak jadi masalah asalkan pandai mengolahkan dalam bentuk sketsa lawak. Dari segi nyanyian pulak rasanya kurang menarik walaupun lagu yang dinyanyikan oleh Jep agak best juga. Tapi yang paling best bila Dafi yang selalu disebut-sebut oleh Shuib sebagai idolanya dalam persembahan minggu-minggu yang lepas keluar atas pentas untuk menjayakan persembahan Sepah. Terbaik, tapi dah dapat diagak semasa Shuib mula buat panggilan telefon hehe.

Jozan

Pusingan pertama Johan mainkan watak sebagai Hang Tuah yang keluar dari frame gambar manakala Zizan sebagai seorang pencuri yang ingin mencuri barang-barang bersejarah yang bernilai tinggi. Tak tahu nak cakap apa selain daripada rasa kurang puas hati dengan persembahan pertama Jozan.

Dalam pusingan kedua Zizan melakonkan watak Mael Lambong yang mula menjadi trademarknya sejak minggu ke-4 manakala Johan pula mainkan watak sebagai Acai yang dah memang menjadi trademarknya yang paling terkenal sejak dulu lagi sebelum rancangan Oh Yeah. Kali ni dua watak ni bergaduh pada awalnya tapi akhirnya menjadi sahabat. Persembahan yang menarik bagi Jozan sebagai peserta terakhir Maharaja Lawak.

Pemenang

Aku ingat Jozan yang dapat jadi juara yang mempunyai peminat sangat ramai berbanding Sepah (rasanyalah). Mungkin peminat Sepah makin bertambah ataupun markah daripada juri yang menyumbang 50% kepada keputusan lebih memihak kepada Sepah. Sepah berjaya membawa pulang RM350,000, Jozan (RM250,000), Nabil (RM150,000) dan Jambu (RM50,000). Kalau nak dikira Nabil yang paling kaya dapat RM150,000 sorang-sorang dia je hehe.

Reaksi Peminat

Macam biasalah mesti ada punya peminat yang kurang puas hati bila peserta pilihan diorang tak dapat jadi juara. Ada peminat Jozan yang mengutuk Sepah dengan lawak kutip dari Internet (cium isteri jiran) padahal cuma satu tu je pun lawak yang tak fresh. Tapi bagi aku tak kiralah kutip dari Internet atau tepi jalan sekalipun asalkan pandai mengolahkan lawak tersebut dalam bentuk persembahan lawak dah dikira sangat bagus. Bukan senang nak melawakkan lawak yang ditulis. Dah jadi lumrah bila ada yang dengki macam-macam nak persoalkan. Jozan pun guna lawak yang dah biasa kita dengar macam Hang Dengar Hang Bodoh dalam pusingan pertama.

Sama juga dengan peminat Sepah yang balas balik kutukan peminat Jozan tadi dengan mengatakan lawak Mael Lambong dan Acai adalah lawak ulangan. Diorang tak sedar agaknya yang Jep buat gaya Ustazah Siti Nor Bahyah tu pun lawak ulangan juga termasuklah lawak Dafi. Korang boleh jumpa komen-komen peminat yang tak puas hati ni kat video-video Maharaja Lawak Akhir dalam Youtube.


No comments:

Post a Comment

© AkU LAh S! PaR! PaR! | Blogger Template by Enny Law